Sunday, September 08, 2013

Sunday, September 08, 2013
CFAL 5 telah diadakan pada 08 September 2013, Esplanade Padang Kota, Penang. Pada edisi yang ke 5 ini, CFAL telah berjaya mengumpulkan seramai 3000 peserta yang telah mendaftar. SIT telah menghantar seramai 5 orang riders yang berkesempatan untuk mengambil bahagian.

Suasana di starting point pada jam 06:45 am

Esplanade, Padang Kota telah dilimpahi oleh riders seawal jam 06:15 pagi. Selepas ucapan ringkas ketua menteri Pulau Pinang, riders dilepaskan tepat jam 07:00 pagi. Cuaca baik digarisan perlepasan, namun hujan mula turun apabila kami melepasi Bayan Lepas. Berkayuh mengelilingi Pulau Pinang dengan berlatar belakang lautan memberi pengalaman yang tersendiri. Terdapat sekurang-kurang 3 buah bukit yang menguji ketahanan mental dan fizikal peserta. Namun, kami pasti semua riders amat berpuas hati dan enjoy dengan kayuhan ini. Diharapkan lebih ramai rakan dari SIT akan menyertai kayuhan seperti ini pada masa akan datang.

5 orang ahli SIT sudah bersedia untuk memulakan kayuhan.
Bersedia untuk bergerak dari Apartment Ancasa menuju ke Esplanade Padang Kota Lama.
CFAL 5 Medal

0 comments:

Post a Comment