Sunday, August 25, 2013

Sunday, August 25, 2013
Seramai 6 orang ahli siputeh riders dan kesemuanya 23 orang dari kelab SIT telah mengambil bahagian dalam acara ini. Kami tidak melepaskan peluang ini kerana lokasi event yang dekat iaitu lebih kurang 10km dari siputeh.

Secara amnya, event ini dikatakan berjaya. Pihak penganjur telah berjaya menarik minat lebih kurang 1800 penyertaan dari seluruh negara termasuk Singapore dan juga Thailand. Perjalanan event dari awal hingga penamat nampak berjalan dengan lancar dan tersusun.

Trek yang disediakan agak mencabar, banyak climbing dan downhill yang menguji kemahiran teknikal dan mental peserta. Disepanjang laluan terdapat ramai peserta yang terjatuh dan cedera. Salah seorang ahli siputeh riders juga turut menimpa kemalangan kecil. Hospital Batu Gajah sibuk menerima kunjungan peserta yang tercedera.

Secara keseluruhannya, kami amat enjoy dengan event kali ini.

0 comments:

Post a Comment