Saturday, October 12, 2013

Saturday, October 12, 2013
Susulan daripada kayuhan malam ke Ipoh dua minggu lepas, malam ini kami repeat lagi kayuhan ke Ipoh. Ini adalah untuk memenuhi niat beberapa orang rakan yang tidak berkesempatan menyertai kayuhan sebelum ini. Walaubagaimanapun, laluan kali ini diubah sedikit dengan mengelakan laluan highway Ipoh Lumut yang mana trafik semakin sibuk.

Seramai 9 orang peserta telah menyahut cabaran kayuhan pada malam ini iaitu Min Proton, Zaini FN, Afiq IPD, Anuar MDBG, Anuar Bali, Hanif, Sanusi, Adli UTP dan M Noor. Beberapa ahli lain tidak dapat turut serta pada malam ini disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.


Terima kasih Che Lah yang telah datang support... kemunculannya kali pertama selepas baik dari chicken pox :)
Santai di depan stesen keretapi Ipoh.
Berehat seketika, berlatar belakang Dewan Bandaran Ipoh.
Singgah supper di depan dataran Ipoh.
Check point pertama, dapat pisang sesikat :)
Antara jentera yang digunakan untuk kayuhan ke Ipoh pada malam ini.
Terima kasih kepada semua riders yang turut serta dalam kayuhan pada malam ini.
Peta laluan pada malam ini. 52.53 km jarak keseluruhan kayuhan.
Diharapkan kayuhan santai pada malam ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli kelab SIT disamping memantapkan lagi kayuhan sebagai persiapan untuk event kayuhan yang akan datang. Kami juga mengharapkan aktiviti kayuhan malam setiap minggu dapat diteruskan. Tahniah kepada saudara Adli kembali turut serta dan juga saudara Anuar yang tampil dengan folding bike barunya. Semoga kayuhan malam seterusnya akan dapat menarik minat lebih ramai lagi rakan-rakan di sekitar Siputeh, Batu Gajah dan Seri Iskandar.

Kredit: Photo ehsan dari lensa Samsung Galaxy S4 Adli dan Afiq

0 comments:

Post a Comment