Sunday, October 06, 2013

Sunday, October 06, 2013
Pada hari ini, 06 October 2013, kami dari Siputeh selaku host telah berjaya mengumpulkan seramai 11 orang rakan-rakan lain dari SIT untuk berkayuh di trek offroad Siputeh ke Chenderong. Trek yang telah lama tidak diterjah ini adalah sejauh 32km di mana ia akan merentai laluan jalan raya, perkampungan, kelapa sawit dan juga getah.

Sebahagian daripada ahli SIT yang telah berkesempatan untuk kayuhan pada pagi ini.



Kami bertolak dari restoren Salim, Siputeh, kira-kita jam 07:45 am menuju ke Tronoh melalui jalan raya. Kemudian, kami memulakan laluan offroad merentasi jerat cina Tronoh dan melalui offroad menuju ke Kg Bali. Laluan di sini merupakan jalan tanah merah dan terdapat beberapa bukit yang mampu untuk di kayuh oleh semua golongan.

Setelah merjaya mendaki 2 bukit, timbalan presiden SIT tealah meminta untuk berehat sementara. Beliau kelihatan agak lemah dan terbaring di atas jalan. Tidak lama selepas itu beliau seperti "hypo" dan pitam seberapa ketika. Keadaan menjadi cemas , mujurkan 2 rakan dari pejabat kesihatan turut serta dalam kayuhan ini di mana kerja-kerja bantuan kecemasan awal dijalankan dengan segera.

Rawatan kecemasan sedang dijalankan. 
Setelah beliau agak stabil, kami berjaya meminta bantuan Pejabat Kesihatan berdekatan untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa berjaya dikeluarkan dari lokasi dalam masa yang agak singkat. Terima kasih kepada rakan-rakan dari Pejabat Kesihatan berdekatan. Kami bersepakat untuk berpatah balik, dan kayuhan kami pada hari ini tamat di sini sahaja.

Sepanjang menjalankan aktiviti kayuhan, ini adalah kali pertama kami mengahadapi situasi yang agak cemas. Pengalaman ini sudah tentu amat berharga bagi kami yang mungkin akan menghadapi situasi yang sama pada masa yang akan datang. Semoga Allah permudahkan urusan kami dan sentiasa melindungi kami dari sebarang kemalangan. Amin...



0 comments:

Post a Comment