Sunday, November 03, 2013

Sunday, November 03, 2013
Ramai riders telah meminta untuk repeat trek ini sambil melawat bukit fakurazi. Memandangkan tidak ada aktiviti jamboree atau funride minggu ni, seramai 16 orang riders telah nekad untuk menyahut cabaran. Terima kasih kepada rakan rakan yang sudi datang dari jauh esp. Saudara Amiruddin.

Bergambar sebelum kayuhan
Kami bergerak dari siputeh tepat jam 8 pagi. Perjalanan lancar pada fasa pertama menuju ke bukit Fakurazi. Setelah berehat seketika, perjalanan diteruskan. Semasa downhill dari bukit tersebut, salah seorang rakan, Dr. Shatari telah mengalami kecelakan. Mujurlah beliau tidak mengalami kecederaan serius dan telah mengambil keputusan untuk berpatah balik. Zaini dan Pendi telah menemani Dr. Shatari balik ke Siputeh.


Rakan rakan yang lain meneruskan perjalanan. Fasa yang kedua, kami menyusuri offroad ke kg. Bali di mana keadaan jalan tanah merah berbatu kecil. Kemudian kami menyusuri single trail kawasan getah menuju ke Chenderong. Kami singgah untuk minum sebelum masuk ke laluan offroad Harewood ke Bemban. Lebih kurang 4 km sebelum Siputeh, saudara Pian pula terjatuh dan mengalami luka kecil.

Diharapkan rakan rakan yang mengalami kecelakaan akan cepat sembuh dan akan kembali turut serta dalam aktivi kayuhan akan datang.

0 comments:

Post a Comment