Friday, September 27, 2013

Friday, September 27, 2013
Seperti biasa, Jumaat malam Sabtu sekitar jam 09:00 malam, kami akan berkumpul di kedai Mek Siam berhampiran jejantas Siputeh untuk membuat kayuhan malam. Pasa malam ini seramai tujuh orang telah menyahut cabaran: Bro Min, Zaini, Anuar Bali, Arip, Sabri, Hanif dan MNI. Pada asalnya kami merancang untuk reverse track yang biasa dilalui, namun Hanif telah mengajak untuk ke Ipoh. Semua all set, dan follow... laluan pada malam ini adalah seperti berikut: Siputeh -> BG Gajah Perdana -> Falim -> Stesen keretapi Ipoh -> Dataran MBI -> Jalan Yang Kalsom -> Pasir Puteh -> Station 18 -> Batu Gajah -> Siputeh. Jarak kayuhan lebih kurang 50km.

Berehat sebentar di depan IPOH railway station. Pemandangan yang cantik.




Kayuhan kami lancar pada malam ini, cuma tayar basikal bro Min pancit sekali akibat terlanggar batu/semen jalan yang tajam. Suasana di hadapan stesen KTM yang indah dengan cahaya lampu dan pacutan air (fountain), berlatar belakang bangunan yang 'klasik' memberikan satu suasana malam yang indah di Ipoh. Satu tempat yang dicadangkan kepada riders lain yang ingin membuat kayuhan malam ke Ipoh. Kami berharap agar dapat berkayuh lagi ke Ipoh pada masa akan datang dengan bilangan riders yang lebih ramai.

Semua kelihatan ceria, walaupun telah berkayuh lebih dari 25 km.
Ipoh bersih dan hijau, diharapkan akan ada bicycle lane untuk cyclists.
Berehat sebentar untuk bergambar di depan Majlis Bandaran Ipoh.
Terima kasih Java yang tak pernah buat hal, dah jauh dah hang berjalan jalan.
Kami mengalu-alukan komen dari anda semua. Sila masukkan komen anda dalam ruangan di bawah. Kami juga dalam usaha untuk mengumpulkan lebih ramai lagi rakan-rakan sekitar Siputeh, Seri Iskandar, Batu Gajah, BG Perdana, Lahat, Pusing dan sekitarnya untuk sama-sama membuat kayuhan malam. Saya juga boleh dihubungi dengan email kepada mnibrahim@gmail.com Sehingga bersua lagi... terima kasih semua :)

0 comments:

Post a Comment