Friday, November 08, 2013

Friday, November 08, 2013
2
RTC Gopeng menjadi destinasi kayuhan Siputeh Riders malam ini. Jarak kayuhan dua hala pergi dan balik adalah lebih kurang 48 km. Laluan yang agak lengang pada waktu malam merentasi depan Kellie's Castle, taman herba dan kawasan kampung. Seramai 12 orang riders telah menyertai kayuhan.


Prestasi riders begitu baik sekali dalam kayuhan kali ini, hanya satu atau dua kali berhenti sahaja. Kayuhan secara berkelompok dalam satu peloton dapat dikekalkan di sepanjang kayuhan. Addie yang terlalu teruja hanya mengalami kekejangan otot yang ringan akibat pecutan awal sewaktu perjalanan pergi. Selepas tampal 'koyok' di betis kanan, beliau dapat mengekalkan rentak kayuhannya sehingga sampai semula ke Siputeh. Syabas Addie.

Adiley pula menunjukkan prestasi cemerlang beliau dengan 'slick tyre' yang baru diganti. Ha ha kayuhan malam ni menghadiahkan Nasi Arab, Chicken Chop dan milo tabur yang menjadi hidangan istimewa di RTC food court. Ada juga riders yang siap tapau nasi arab untuk di makan di kedai Mek, iaitu lokasi tempat kami berkumpul di Siputeh. Kalau dah ramai ni nampak semakin meriah dengan pelbagai ragam. 

Semua riders nampak riang sekali enjoy kayuhan pada malam ini. Semoga aktiviti kayuhan setiap Jumaat malam Sabtu dapat diteruskan selagi diberi kenikmatan kesihatan oleh Allah s.w.t. Diharapkan juga hubungan ukhwah antara riders akan bertambah erat dan kekal sepanjang usia.

Antara beberapa scene yang sempat dirakamkan di RTC Gopeng.

2 comments:

  1. Bila la nak start kayuh macam ni balik?

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat...Update yg menarik.... :)

    Harap satu hari kite dapat kayuh bersama2.. :)

    Laila KRT
    http://www.k-ridersteam.blogspot.com/

    P/S : Kami dah Link blog ini dgn bog kami..mohon link blk.. :)

    ReplyDelete