Sunday, October 20, 2013

Sunday, October 20, 2013
Tidak ada perancangan kayuhan bagi ahli S.I.T pada hari ini. Mungkin cuaca yang tidak menentu, dimana hujan turun sepanjang malam tadi menyebabkan ramai ahli S.I.T membuat keputusan untuk berehat di rumah sahaja. Aku mengambil keputusan untuk kayuh dari Siputeh ke Parit dengan java yang dilengkapi dengan set panniers bag dan handle bar bag Vincita. Saja nak test kaki kiri yang sebelum ni rasa kurang selesa. Berjanji dengan Wan untuk berjumpa di pekan Parit pada jam 08:30 am.Wan berkayuh dari Bota ke Parit.


On my way from Siputeh to Parit, Perak. Photo taken by Che Lah.

Che Lah, kayuhan pertama selepas demam chicken pox.
Java merah bertemu dengan java grey di Parit. Che Lah berminat.
Terima kasih Che Lah yang datang ke Siputeh dari Parit seawal jam 07:15 am untuk escort aku dari Siputeh ke Parit. Kami bersama-sama kayuh ke pekan Parit dengan jarak lebih kurang 15 km sahaja. Sampai di Parit, kami minum dan berehat seketika bersama dengan Wan yang berkayuh dari Bota. Wan adalah salah seorang rakan touring ke Langkawi bulan December nanti bersama Taiping Foldie Fan. 

Rakan seperjuangan S.I.T membuat latihan mendaki di bukit tangki air, Piandang.
Pian, seronok benor downhill.
Rosly dan Ustaz Nik tengah layan downhill.
Tayar basikal Rosly pancit di Siputeh.

Waktu balik, terserempak dengan rakan S.I.T dari Seri Iskandar yang berkayuh dari Seri Iskandar ke Parit. Group ini buat satu loop terus ke Siputeh dan seterusnya ke Seri Iskandar. Tanpa fikir panjang lagi aku pun follow group ini. Seronok juga pergi dan balik ada rakan-rakan teman.

0 comments:

Post a Comment