Sunday, September 22, 2013

Sunday, September 22, 2013
World Car Free Day disambut di seluruh dunia pada 22 September 2013. Beberapa lokasi di Malaysia turut menganjurkan program car free day. Pada kali ini saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta menyokong program ini di Betong, Thailand dengan menyertai Betong Car Free day fun ride.

Antara riders dari Baling Cycling Club (BCC) yang turut serta.
Kami telah berkumpul di border Pengkalan Hulu seawal jam 06:45 am. Lebih kurang 12 orang dari Baling Cycling Club (BCC) dan Pengkalan Hulu termasuk Tuan Fadzil dan Tuan Yusri (PDRM) telah berkumpul di border Malaysia-Thai. Lebih kurang jam 07:30 am, kami berkayuh  melepasi border ke pekan Betong yang jaraknya lebih kurang 5 km.

Penulis bergambar kenangan di depan stage VIP 
Sebelum berkayuh, sempat bergambar kenangan bersama datok bandar Betong.
Antara pengayuh tegar dari BCC dan Pengkalan Hulu bergambar kenangan bersama Amin Betong.
Setiba di tempat pelepasan, Amin dan rakan-rakan riders dari Betong Cycling Club telah sedia menunggu kami dengan layanan yang begitu ramah dan mesra. Persediaan nampak meriah walaupun ringkas. Kami mengambil peluang untuk bergambar dengan Datok Bandar Betong yang turut sama-sama berkayuh mengelilingi pekan Betong sejauh 25 km. Beliau, dalam ucapannya telah mengalu-alukan kedatangan riders dari Malaysia dan sentiasa mengharapkan usahasama dan hubungan erat antara dua negara disamping berhasrat untuk menjadikan Betong sebagai 'Green - Cycling City'.

Lebih kurang 300 peserta yang telah mengambil bahagian.
Towel sejuk yang menyegarkan dan juga minuman isotonik yang sedap antara hidangan
yang disediakan di setiap check- point.
Sekitar 300 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program kayuhan kali ini. Kelihatan riders dari pelbagai agama, bangsa dan warna kulit dengan pelbagai jenis basikal yang digunakan. Adalah menjadi harapan semua agar dunia ini akan terus aman. Penulis menggunakan java folding bike yang telah dilengkapkan dengan panniers touring bag. Secara keseluruhan, penulis kagum dan amat berpuas hati dengan program kayuhan yang dianjurkan oleh rakan berbasikal dari Betong. Program yang simple tetapi nampak meriah.

Penulis mengambil kesempatan bergambar kenangan di pintu masuk ke Thailand melalui Pengkalan Hulu border.
Di kedai Amin, kedai basikal popular di pekan Betong. 
Sebelum balik, seperti biasa kami singgah di kedai Amin untuk mendapatkan beberapa barang basikal. Amin dan isteri yang mengendalikan kedai basikal ini amat mesra dalam melayan kerenah pelanggan. Saya mengesyorkan, anda untuk singgah di kedai Amin jika berkunjung ke Betong. Semoga berjumpa lagi di dalam program kayuhan yang lain, program kayuhan di Thailand.

0 comments:

Post a Comment