Saturday, September 14, 2013

Saturday, September 14, 2013
Sudah lama tak masuk ke Pusing Offroad. Pagi ni kami berempat berkesempatan untuk berkayuh merentasi Pusing offroad. Memang sudah lama dah tak masuk ke Pusing Offroad. Jalan pun dah berubah kepada lebih selesa dan lebih baik. Titi kecil dengan dua batang kayu juga sudah tak ada, dah jadi jalan besar. Tak perlu lagi turun basikal. Namun, ia tetap memberi cabaran terutama beberapa bukit pendek yang agak curam. Trek Pusing ni agak pendek di mana jaraknya lebih kurang 7km sahaja. Ia amat sesuai untuk latihan pada waktu petang atau jika kesuntukan masa. Bukit hijau nampaknya tidak boleh di daki lagi sebab laluan telah berpagar. Air terjun papan juga macam sudah kurang airnya... Hmm...
Berehat sebentar di air terjun Papan.

0 comments:

Post a Comment